Intisari

Thursday, August 18, 2011

Project ConcreteJungle : Heroes start from zero on Vimeo


1st collector for Project ConcreteJungle : Heroes start from zero...
Follow my videos on vodpod

Project ConcreteJungle : Heroes start from zero on Vimeo


1st collector for Project ConcreteJungle : Heroes start from zero...
Follow my videos on vodpod

Project ConcreteJungle : Heroes start from zero on Vimeo


1st collector for Project ConcreteJungle : Heroes start from zero...
Follow my videos on vodpod

Project ConcreteJungle : Heroes start from zero on Vimeo


1st collector for Project ConcreteJungle : Heroes start from zero...
Follow my videos on vodpod

Women Entrepreneurs and Small-Scale Agriculture in Canada


1st collector for Women Entrepreneurs and Small-Scale Agriculture...
Follow my videos on vodpod

Corporate Social Responsibility, Corruption and Human Rights: Multinational Corporations in China and Southeast Asia


1st collector for Corporate Social Responsibility, Corruption and...
Follow my videos on vodpod

Re-inventing the Cupcake: Kumquat Cupcakery *food curated*


1st collector for Re-inventing the Cupcake: Kumquat Cupcakery *fo...
Follow my videos on vodpod

yfrog Photo : http://yfrog.com/kfi69cwj Shared by ShahrizatJalil


yfrog Photo : http://yfrog.com/kfi69cwj Shared by ShahrizatJalil
Progm Teman 1 Azam . 20 ribu wanita pndptn rendah akn dapat bantuan peralatan meningkat perniagaan

Selamat Datang ke Resepsi Kafe IFIS

Selamat Datang ke Resepsi Kafe IFIS

Monday, June 27, 2011

5 Faktor Kemerosotan Integriti

Lima faktor utama atau cabaran yang boleh menyebabkan kemerosotan integriti adalah saperti berikut" 

Faktor pertama ialah mengenai kepimpinan.  Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya dalam keluarga, organisasi dan masyarakat.  Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberi pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.Ibu bapa sebagai pemimpin dalam aspek kekeluargaan. Kepimpinan masyarakat dan organisasi, baik dalam sektor awam, swasta, NGO dan sebagainya merupakan tonggak dan peneraju dalam suatu kumpulan yang dipimpin.  Pemimpin itu, sama ada  dipilih atau menawarkan diri untuk memimpin, memainkan peranan penting.  Namun begitu kadangkala wujud iltizam yang lemah, pemimpin tidak menunjukkan teladan yang baik, “cakap tidak serupa bikin” dan “bikin pula tidak serupa cakap!”. 
Ada juga di kalangan pemimpin yang tidak mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.  Hal ini sudah tentu menjejaskan integriti kerana tidak dapat menunjukkan contoh teladan yang baik.  Perlu ditekankan bahawa setiap diri individu itu sendiri adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpin.  Setiap individu adalah khalifah di muka bumi ini.

Faktor kedua ialah wujudnya kelemahan dalam sistem, prosedur dan garis panduan dalam pelaksanaan tugas.  Akibatnya ialah, wujud ketidakcekapan, kecelaruan, dan perselisihan pendapat di kalangan petugasPenguatkuasaan dan tindakan punitif yang kurang berkesan serta gagal mengambil tindakan yang setimpal; kurang penyelarasan, pemantauan dan penilaian mengenai keberkesanan sesuatu strategi atau program; kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam; dan keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material adalah antara punca-punca kelemahan dalam pelaksanaan sistem dan prosedur sedia ada.


Faktor ketiga adalah berkaitan struktur dan institusi, yang merupakan komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.  Struktur organisasi perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru.  Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan berlaku pertindihan akan membazirkan sumber, tidak berkesan, pengabaian tanggungjawab dan tidak diselaraskan dengan sempurna akan gagal mencapai matlamatnya. 

Faktor keempat yang boleh menjejaskan integriti ialah aspek budaya.  Budaya dipengaruhi oleh faktor sejarah dan tradisi, nilai agama, kelompok sesuatu bangsa, persekitaran, proses sosialisasi, world view serta perkembangan semasa.  Budaya berubah dan boleh diubah.  Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.  Sebaliknya, budaya negatif akan mewujudkan kepincangan dalam organisasi dan masyarakat.  Gejala dadah, seks bebas, “mat rempit”, “bohsia”, “bohjan”, budaya lepak, kutu rayau dan sebagainya merupakan manifestasi budaya “pak turut”.  Apa yang orang lain lakukan maka dilakukan pula oleh mereka tanpa menilai baik buruknya.  

Seterusnya, faktor kelima yang boleh menjejaskan integriti adalah kerana kelemahan individu itu sendiri.  Individu yang lemah didikan agama, akhlak dan moral serta penghayatan nilai-nilai murni, tidak berdisiplin, memiliki sikap tidak peduli, hanya melihat kelemahan orang lain dan enggan mengakui kelemahan diri merupakan antara kelemahan dalam diri individu. Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus kepada perkara tidak berintegriti seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.

Bagi menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program haruslah dilakukan “dari bawah” melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing.  Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantutkan daya usaha di peringkat akar umbi dan ini perlu dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan pihak lain juga perlu diambil perhatian.  Sentiasa mengamalkan sikap yang terbuka, positif dan membina terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan.  Justeru, dalam hal ini toleransi dan konsultasi dalam semua aspek perlu wujud, agar kesefahaman dan perpaduan sentiasa terjalin dalam satu rangkaian kehidupan masyarakat berintegriti.

Saturday, June 11, 2011

Tahniah Penerima Dana Belia

Projek: Pelarik (Woodturner) Kayu Larik  merupakan satu program selama 12 bulan ia termasuklah praktikal latihan program vokasional kemahiran peralihan kayu disasarkan kepada pelajar sekolah. klik sini

Meneroka kemudahan CSR memula syarikat famili

Ingin ketahui apa itu CSR di Malaysia? (Corporate Social Responsibility), peranan CSR di Malaysia. Dilihat dari perspektif perniagaan. Syarikat-syarikat yang menjalankan program CSR berupaya membantu merancang dan implimentasi memula syarikat famili bagi kumpulan sasar program CSR masing-masing.

Friday, June 3, 2011

Belia perlu panduan membuat proposal Dana Belia



Bagaimana cara untuk memohon


Anda fikir anda mampu memulakan langkah pertama ke arah  masa depan yang lebih sempurna?(nilai idea anda klik untuk templat) Hantarkan kertas cadangan (pemasaran, perniagaan atau pembuatan dll) anda dan kami akan membantu merealisiasikan impian ini.Di sini atau pilihan dibawah( berbagai template kertas cadangan dlm ruangan muat turun )
  • Terangkan bagaimana anda mampu membawa pelbagai kumpulan masyarakat untuk sama-sama bersatu dan membawa perubahan. (Apa yg sedang anda fikir? Buntu? Mahu Cari Idea? Template 'Brain Storming' untuk Anda atau muka surat Sepintas Lalu)



  • Projek anda haruslah berdasarkan kepada elemen-elemen pembangunan belia dan perpaduan serta membawa manfaat kepada komuniti. Ceritakan bagaimana projek anda boleh membawa arus perubahan kearah masa depan yang lebih baik.



  • Bajet kertas cadangan (disediakan berbagai akaun mesra pengguna) anda perlukan diterangkan serta mengandungi analisis kos-faedah yang lengkap ( berbagai analisis terdapat di folder dibawah)



  • Panel penilai akan menilai kertas cadangan anda



  • Jika Berjaya, anda dimestikan untuk menghantar laporan kemajuan bulanan projek



  • Sebaik sahaja projek tamat, anda mesti menghantar laporan akhir projek beserta dengan laporan kewangan.




    • Sila baca panduan dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu dengan teliti. 
    • Hantarkan kertas cadangan secara online di www.1mdb.com.my/danabelia, atau poskan kepada alamat Dana Belia 1Malaysia, Level 8, Menara IMC, 8, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
    • Panel Penilai akan membuat penilaian kepada semua permohonan. Anda mungkin akan dipanggil untuk membuat pembentangan kertas kerja.

    Thursday, June 2, 2011

    Usahawan Ibu Tunggal


    Selama ini, di bawah sistem ekonomi kapitalis yang kita amalkan, keperluan modal yang disampaikan melalui sistem perbankan komersil biasanya tidak dapat membantu memenuhi keperluan peniaga baru. Lebih-lebih lagi dengan sistem konvensional berasaskan riba’ yang menekan dan membebankan peminjam. Dalam sistem ini, peniaga kecil-kecilan tidak mendapat pembelaan langsung, malah kerap terperangkap dalam ikatan dan beban hutang berpanjangan dengan pihak bank dan peminjam lain.
    Kali ini saya ingin berkongsi dua kisah menarik mengenai cara alternatif bagaimana peniaga kecil yang baru hendak berniaga boleh dibantu menerusi kemudahan.. baca lagi klik sini!

    Cakap-Cakap Anda

    Ruangan Cakap-Cakap Anda ialah sebahagian dari interaktif media AndaKah. Cakap-Cakap Anda atas talian secara umum, berkumpulan atau mengikut topik boleh dilakukan disini. Kotak Cakap-Cakap Anda menambah ciri pertukaran maklumat AndaKah.

    Cakap-Cakap Anda terletak atas  footer.

    Ruang Cakap-Cakap telah ditukar kepada Kafe Anda yang lebih informal dan selesa. klik sini!

    Wednesday, June 1, 2011

    Singer-songwriter Yuna Grows Beyond Malaysia

     Singer-songwriter Yuna Grows Beyond Malaysia

    Malaysian singer-songwriter Yuna talks about recording pop music and staying true to her Muslim roots. (May 30) [Associated Press]

     

    Pemuda Malaysia, This Is Untuk Anda!

    Jumaat lalu saya melancarkan Dana Belia 1Malaysia atau 1Malaysia Youth Fund, sebuah RM20 juta geran untuk membiayai idea-idea dan projek oleh pemuda. Melanjutkan prinsip saya bahawa Kerajaan harus terus terlibat dengan rakyat, idea, yang pertama dikandung di Lab Pemuda tahun lalu dimasukkan dalam Anggaran 2011.
    Agar negara kita untuk maju, kita harus memastikan bahawa kita mempunyai modal manusia yang mampu melaksanakan tanggung jawab pembangunan fizikal dan sosial. Ini bermakna anda, pemuda dan masa depan Malaysia, harus mempersiapkan diri untuk mengambil tugas ini. Dana ini menyediakan platform untuk membuat persiapan tersebut dan akan bertindak sebagai "titik kritis" untuk menjalankan program-program atau..

    Tambah icing pada kek.
    by Khairy Jamaluddin on Thursday, April 21, 2011 at 4:33pm
    What is Dana Belia

    The Malaysian youth of today have the talent and the capacity to influence their communities and shape the direction of this country. Our strength in diversity – in our different ethnicities, our skills and our numerous interests – makes us a potent force. Dana Belia 1Malaysia is a platform for young people to channel their talent and energy towards promoting youth development in this country. It offers youth an opportunity to realise their dreams, building upon what Malaysia had come to symbolise: a country where people of all creed and color call home and prosper toge.. baca lagi?

    Skim Latihan 1Malaysia untuk siswazah menganggur dilancar esok

     Skim Latihan 1Malaysia untuk siswazah menganggur dilancar esok


    2011/05/31

    PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak, berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

    Perdana Menteri berkata, berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). sesawang Sl1m klik sini!

    Muka Surat Baru!!!

     Sepintas Lalu adalah tips atau keterangan ringkas sesebuah perniagaan. Sepintas Lalu juga membawa pembaca menilai semula idea-idea perniagaan yang akan diceburi.
    Selamat Mencuba!

    Tuesday, May 31, 2011

    Kalkulator Memula Perniagaan

    Pengusaha baru secara kasar paling memperkecilkan jumlah modal
    memulakan yang sebenarnya diperlukan semasa melancarkan usaha
    yang baru. Anggapan salah ini dikompaun apabila usaha baru adalah
    kerja dari rumah atau perniagaan bepangkalan internet, dengan
    anggapan yang perniagaan ini dilakukan tidakmenyebabkan mana-mana
    kos dikaitkan secara tradisi dengan pemulaan perniagaan. 
    Keputusan-keputusan remeh sebegini boleh membawa bencana untuk usahawan.                               
    Kalkulator memula ini membenarkan mana-mana perniagaan memulakan mendapat
    "anggaran" kos-kos memulakan yang mustahak untuk memastikan 'fledgling' permintaan
    perniagaan sehingga ke aliran tunai daripada bermula pelanggan untuk "lonjakan memula."                                    
    Kos-kos berikutan itu adalah hanya anggaran. Kos-kos sebenar memulakan boleh berubah
    dengan meluas. Keputusan titik tengah diperolehi dari kalkulator akan menyediakan
    anggaran konservatif bagi membenarkan usahawan dengan lebih berkesan mengadili daya
    maju kewangan usaha yang baru.                                 
    Untuk menggunakan kalkulator, memasuki anggaran persegi dan kos-kos sewa,dan bilangan
    jangkaan pekerja-pekerja pada memulakan. Kalkulator itu menyediakan keadaan unggul,
    kes paling teruk, dan paling mungkin kos permulaan kes menganggarkan untuk usaha.
    Selamat Mencuba!

    Sunday, May 29, 2011

    Andakah ibu tunggal gigih mencari pendapatan untuk tanggungan?

    Berita baik! Kami sedang mencari ibu-ibu tunggal yang memerlukan kaedah menterjemahkan idea mencari pendapatan mereka menjadi realiti. Jika anda mencari tapak memula usaha atau bimbingan memasuki dunia perniagaan, anda berada ditempat yang tepat.

    Nyatakan, kami sedia membantu. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bermacam-macam jenis keperluan pra memula syarikat saperti 'Penentuan viabiliti komersil pasaran dan idea anda sendiri. Ambil masa membacanya.'. Ini penting sebelum anda meluangkan masa anda yang berharga selanjutnya menerokai idea tersebut.
    Langkah berikut ialah menyediakan kertaskerja. rancangan perniagaan, pelan perniagaan atau proposal semua sama. Sebuah karya diterbitkan dari idea dan kualiti fakta maklumat dibuat perbandingan. Atau anda ingin mengenali dulu elemen-elemen dalam penmbangunan sebuah pelan perniagaan. 
    Kami juga menyediakan pelbagai sampel pelan perniagan IKS sebagai contoh untuk ibu-ibu mencuba. Terkini terdapat mukasurat baru 'pappap panas' pelbagai skim-skim bantuan pihak kerajaan. Selamat mencuba!

    Kami sentiasa bersama anda, merealisasi impian anda!

    pappap panas

    Muka surat 'pappap panas' ini memang panas dan volatile (sifat berubah-ubah). Kami sediakan disini sebanyak 54 jenis Skim-Skim yang dijayakan oleh berbagai agensi pihak berwajib saperti BNM Bank Negara Malaysia, MARA, AIM, Yayasan Tekun, MDV Malaysian Debts Venture, CGC Credit Guarantee Corporation, PNS, PUNB, MECD, SMEBank, AgroBank, Bank Rakyat, Bank Pembangunan dll.
    Kami susuli dengan ringkasan skim saperti objektif, syarat, jumlah pembiayaan, prosedur, hubungan pelaksana skim dan pautan.


    psss.. ada skim nak tambah, molek gak

    Saturday, May 28, 2011

    Andakah seorang usahawan aktif tetapi tidak pernah mempunyai pelan perniagaan?

    Jika anda telah memula usaha dan tidak pernah mempunyai pelan perniagaan, mungkin anda merasa perniagaan anda perlu melalui perubahan atau pembesaran. Kami menyediakan bagi anda template Pelan Membesarkan Perniagaan  Aktif dan Menambah Modal Kerja . baca sedutan template ini ...


    Rancangan Perniagaan ini mengandungi beberapa susunan aktiviti dan worksheet kewangan. Templat susunan aktiviti-aktiviti adalah rangka rancangan perniagaan. Terdapat lebih 150 soalan dibahagi kepada beberapa seksyen. Tiada turutan yang perlu diikuti kecuali Ringkasan Eksekutif, perlu dilakukan akhir sekali. Langkau atau selang dahulu soalan yang tiada berkenaan perniagaan anda. Setelah selesai deraf pertama, anda akan mempunyai koleksi karangan ringkas beberapa topik dalam rancangan perniagaan. Anda perlu edit dan sunting menjadi susunan cerita yang lancar.
    Nilai selepas membangunkan rancangan perniagaan bukanlah memiliki produk lengkap ditangan tetapi nilai rancangan perniagaan terdapat pada proses kaji selidik dan memikirkan berkenaan perniagaan anda secara sistemetik. Tindakan merancang membantu anda memikir perkara-perkara secara perinci, sturdi dan kaji selidik fakta-fakta yang anda tidak pasti dan juga dapat teliti idea secara kritikal. Kerja ini memakan masa sekarang tetapi ia dapat mengelakkan kesilapan yang merugikan atau perkara yang akan menggagalkan perniagaan anda.
    Rancangan Perniagaan ialah model generik sesuai untuk semua jenis perniagaan. Anda perlu.. (muat turun template ini) 

    Sudahkah anda inventorikan aset dan barang dirumah atau di pejabat anda?

    Bagi mengawal dan mengetahui kedudukan, nilai aset anda. Kami tawarkan dua perisian dalam format inventori rumah atau inventori perkakasan pejabat. Kami juga menyediakan  beberapa tambahan lapangan dalam dua template saperti tambah gambar aset, nilai semasa, jumlah susut nilai, lokasi aset di cawangan dll. Maklumat dikumpul ini mempunyai kebaikan jangka panjang. Selamat Mencuba!

    Friday, May 27, 2011

    Andakah pekerja yang diberhentikan, pemilih skim VSS, pesara tentera,muda atau ingin menerokai bidang perniagaan?

    Istimewa khas untuk anda.
    Pencarian terhenti disini. Apakah keperluan anda?
    Nyatakan, kami sedia membantu. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bermacam-macam jenis keperluan pra memula syarikat saperti 'Penentuan viabiliti komersil pasaran dan idea anda sendiri. Ambil masa membacanya.'. Ini penting sebelum anda meluangkan masa anda yang berharga selanjutnya menerokai idea tersebut.
    Langkah berikut ialah menyediakan kertaskerja. rancangan perniagaan, pelan perniagaan atau proposal semua sama. Sebuah karya diterbitkan dari idea dan kualiti fakta maklumat dibuat perbandingan. Atau anda ingin mengenali dulu elemen-elemen dalam penghasilan sebuah pelan perniagaan. Pada tahap ini anda telah bermula menulis pelan anda. Jangan mengambil masa yang lama pada sesuatu topik (semua fail boleh disimpan sebanyak idea anda dengan nama yang berlainan). Sebagai contoh bahagian Pemasaran kerana kami juga menyediakan template-template ringkas saperti Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman). Keterangan lebih terperinci mengisi Analisis SWOT boleh didapati pada ebook Rintangan sebuah ebook A-Z menulis pelan perniagaan sendiri, diterangkan dengan bahasa mudah dan contoh-contoh boleh dipadankan dengan template-template lain. Muat turun akan mengambil sedikit masa.  Bergembira dan lihat idea anda diterjemahkan untuk bacaan sasaran anda. Selamat Mencuba!

    Andakah ibubapa kepada belia merempit,graduan atau bekas pelatih PLKN yang menganggur?

    Berita baik! Kami sedang mencari ibubapa yang memerlukan kaedah mencorak masa depan anak-anak belia mereka dengan positif dan berwawasan. Jika anda mencari satu usaha atau bimbingan memasuki dunia perniagaan kepada mereka, anda berada ditempat yang tepat.



    Nyatakan, kami sedia membantu. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bermacam-macam jenis keperluan pra memula syarikat saperti 'Penentuan viabiliti komersil pasaran dan idea anda sendiri. Ambil masa membacanya.'. Ini penting sebelum anda meluangkan masa anda yang berharga selanjutnya menerokai idea tersebut.
    Langkah berikut ialah menyediakan kertaskerja. rancangan perniagaan, pelan perniagaan atau proposal semua sama. Sebuah karya diterbitkan dari idea dan kualiti fakta maklumat dibuat perbandingan. Atau anda ingin mengenali dulu elemen-elemen dalam penmbangunan sebuah pelan perniagaan. Selamat Mencuba!

    Kami sentiasa bersama anda, merealisasi impian anda!