Intisari

Saturday, May 28, 2011

Andakah seorang usahawan aktif tetapi tidak pernah mempunyai pelan perniagaan?

Jika anda telah memula usaha dan tidak pernah mempunyai pelan perniagaan, mungkin anda merasa perniagaan anda perlu melalui perubahan atau pembesaran. Kami menyediakan bagi anda template Pelan Membesarkan Perniagaan  Aktif dan Menambah Modal Kerja . baca sedutan template ini ...


Rancangan Perniagaan ini mengandungi beberapa susunan aktiviti dan worksheet kewangan. Templat susunan aktiviti-aktiviti adalah rangka rancangan perniagaan. Terdapat lebih 150 soalan dibahagi kepada beberapa seksyen. Tiada turutan yang perlu diikuti kecuali Ringkasan Eksekutif, perlu dilakukan akhir sekali. Langkau atau selang dahulu soalan yang tiada berkenaan perniagaan anda. Setelah selesai deraf pertama, anda akan mempunyai koleksi karangan ringkas beberapa topik dalam rancangan perniagaan. Anda perlu edit dan sunting menjadi susunan cerita yang lancar.
Nilai selepas membangunkan rancangan perniagaan bukanlah memiliki produk lengkap ditangan tetapi nilai rancangan perniagaan terdapat pada proses kaji selidik dan memikirkan berkenaan perniagaan anda secara sistemetik. Tindakan merancang membantu anda memikir perkara-perkara secara perinci, sturdi dan kaji selidik fakta-fakta yang anda tidak pasti dan juga dapat teliti idea secara kritikal. Kerja ini memakan masa sekarang tetapi ia dapat mengelakkan kesilapan yang merugikan atau perkara yang akan menggagalkan perniagaan anda.
Rancangan Perniagaan ialah model generik sesuai untuk semua jenis perniagaan. Anda perlu.. (muat turun template ini) 

No comments:

Post a Comment